Suka blog saya?Terima kasih :)

Monday, June 25, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati..


* sedih sangat bila dengar lagu ni :'(

Tuesday, June 12, 2012

Selamat Pengantin Baru Alfiyati + Zaenal :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah 8 Jun 2012, akhirnya, di ijab kabul juga salah seorang sahabat karib ku :) Tahniah Alfiyati dan suami Zaenal, semoga bahagia hingga ke syurga :) amin. Sebak rasa bila Al di ijab kabul, berjurai-jurai air mata :') bertukar sudah satu status sahabatku :') tapi tak apa, untuk kebaikan, alhamdulillah :) semoga juga di kurniakan anak yang comel-comel juga! Nak share gambar! Nak share gambar! :) Tapi kualiti tak la sehebat DSLR ye :p 

Cun kan ? Berseri-seri sebelum di ijab kabul :)

Amik berkat dengan pengantin :)

Kina pun nak jugak amik berkat :p

Alhamdulillah kekasih halal :)

Lisa + Yusry + Dayang1 + Dayang2 :p

Hey kami kupu-kupu pengantin ;)

Bila pulak la ek turn aku ? :p okbai !


Copyright® Segala Yang Tertulis Di Sini Hak Milik Melaely