Suka blog saya?Terima kasih :)

Friday, January 27, 2012

Nak KURUS! Nak KURUS! Nak KURUS! ;'(

 Bila orang sekeliling cakap macam ni, aku jadi ; 

 sedih! 
 sedih! 
 sedih! 
 lagi sedih! 

 Dah usaha, tak de hasil jugak tak tau la :'( 
 *nanges air mata satu baldi* 

Wednesday, January 25, 2012

CNY holiday 2012 pusing-pusing :)

Assalamualaikum :)

Hey, lame tak cuti tahun baru cina? Aku cuti lame tu, hekhek! Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu! Wow! kire-kire bape banyak tu, hekhek! Rabu tu aku mintak cuti sendiri je kat company, ade cuti taun kan, gunekan lah ;D 

Ok jadual sangat padat lah kan macam tak rasa pun cuti lame! *ceh kurang* bahaha!
Ahad tu pergi buat photoshoot untuk bakal pengantin, cik al dan encik abang enang :) wahhh sangat syokk woo nanti pas mybesties upload picture aku buat posting hokey? Sabo ;p

Posting yang ni nak cerita jalan dengan adik-adik, pusing-pusing! Eheee!
dengan beralasan baik punye bagi kat mak, keluar lah kami, haha
alasan paling baik, nak guna baucer 200ringgit Nasitah tu, hahah terang-terang lah kan kedai banyak tutup, saje menggedik nak berjalan, kehkehkeh! 
Seisi pertama berjalan ke Jusco Tebrau, eh kat sini orang cina sambut taun baru ke, ramai sungguh cina!
Masuk lah kedai buku harris tu, sebab situ je la boleh beli barang guna baucar buku tu, dah carik barang yang Nasitah nak, tak jumpa, store kecik tu tak bukak, hampaaaa~
ok dok pikir-pikir mau jalan ke Cs, tapi harris kan anak buah Popular, terang-terang lah tutup, idea jahat pun keluar, jom ke JPO! Adik-adik belum ke sana al maklumlah kakak pemalas nak bawak, busy! Kehkehkeh!

JPO tu lagi lah, orang... Fuhhhh bukan main ramai, pusing-pusing dapat la sikit barang shopping yang tak di rancang. Ehe! Balik semua dah set jangan bagitau mak ke mana perginya kita, bila mak tanya, rahsia;p jahahah nanti mak biseng wooo, merayap  jauh sangat, kehkehkeh. 
Tak sampai bape haripun dah kantoi kat mak, ade yang pecah rahsia ni, dusssshhhh! hahaha!

Adik bujang semakin meninggi ;p promot sekali kedai "The Labels" please coming here! 
Aku yang nak mengurus tapi Nasitah pulak yang makin kurus >.<'
Pergi 4orang, sorang lagi turun pergi carik barang mak suro beli ;D
Suka gambar dorg ni :) tapi sungguh rambut kabir dah macam mee kusut! 

Dah la, sekian :) okbaibai!


Thursday, January 19, 2012

Diet Progress (i)

Assalamualaikum :)

Si Gemuk sedang berusaha menahan nafsu tidak menelan sebutir nasik pun bagi mencuba mendapat kan berat yang sesuai dengan ketinggiannya.

"Semoga Si Gemuk mampu menahan nafsunya"

Okbaibai!

Wednesday, January 18, 2012

Design dual wallpaper desktop

Assalamualaikum :)

Hey, adakah anda mempunyai persamaan denganku menggunakan dua monitor? Kalau ya, tahniah! Kita
sama ;) Adakah anda bosan kedua-dua desktop anda mempunyai gambar yang sama? Meh aku tolong tukar sebelah lain sebelah lain mengikut citarasa dan kemahuan anda! Suka tak? Suka tak? Sila suka! :)

Bahan utama
1.Satu gambar berformat .jpg yang telah di crop mengikut ukuran tetap 2560 X 1024.

2.Satu opening web photo editing, aku sarankan  http://www.picnik.com/ ia mudah dan pantas!

3.Satu software photo editing yang telah di RUN, yang mudah itu PhotoScape! (ni untuk add photo kat wallpaper sebab kat picnik tak boleh)

Cara Masakan, bahaha~!
-Design lah wallpaper buatan anda menggunakan bahan-bahan utama di atas mengikut kemahuan anda dan save hasilnya! :)

-Set photo as desktop background.

-Right clik di desktop dan open display properties, pilih position ke TILE! Ok siap! Senangkan? :)

* jangan di close software photo editing bagi mengubah ukuran kedudukan gambar yang sesuai dengan monitor anda.
Okbaibai! :)

Ni desktop aku, bahaha walaupun lebeh ke kanak kanakkan tapi aku suka! ;p

Tuesday, January 17, 2012

I'm so..............

 N E R V O U S ! 

 N E R V O U S ! 

 N E R V O U S ! 

 N E R V O U S ! 

 N E R V O U S ! 

 N E R V O U S ! 

Friday, January 13, 2012

Sunday, January 8, 2012

Sudah di buang jangan di kutip!

Assalamualaikum..

Huh. Benda yang lama biar lah jadi kenangan, hargai lah apa yang ada di depan kita kini, jangan di kongsi cerita mulut ke mulut dan jangan di hegeh-hegeh kan lagi. Jangan di baca benda yang menyakitkan hati. Aku tak paham lah dengan perangai orang macam tu, sibuk dengan ex ex ex yang tah berapa ex, yang kene tempias nya aku, memang aku yang kenalkan tapi jangan aku jugak di salahkan. Pandai jaga pandai lah uruskan.. Jangan bila dah busuk baru hegeh-hegeh nak sembur perfume!


Sunday, January 1, 2012

Goodbye 2011 and welcome 2012!

Assalamualaikum :)

Goodbye 2011 :( kau pergi dengan meninggalkan banyak kenangan, banyak pengajaran, banyak cerita, banyak peristiwa yang membahagiakan, yang menyedihkan, semua akan ku pahat sebagai masa lalu serta menjadi kenangan dalam kamus hidupku :)

Welcome 2012 :) kau datanglah membawa sinar baru, datang denganlah dengan berjuta kegembiraan, berjuta rezki dan jauhkan lah aku dari kesedihan dengan kemurungan amin..

Copyright® Segala Yang Tertulis Di Sini Hak Milik Melaely