Suka blog saya?Terima kasih :)

Tuesday, December 6, 2011

Fenomena Ombak Rindu!

Assalamualaikum :)

Harini mau cerita pasal movie hujung minggu haritu. Ombak Rindu! Woo syok! Mula-mula nak pegi tengok dengan office mate hari pertama tayangan tu, tapi.. Disebab kan aku terserang sakit secara tiba-tiba, punah la harapan, sory Kak Zira, Kak Azi, Fika, Ipin. Huh last-last pegi tengok dengan Encik Yayang:) walaupun jalan cerita tak sehebat novel, tapi.. best wooo! Menitis-nitis air mata tak dapat di kawal, hehe tapi Encik Yayang cool aje, tak cengeng pun! 

Habis je cerita tu, soalan keluar
Encik Yayang : Best sangat ke?
Aku : Best lah!! haishh~

Malas nak cerita sinopsis, pegi tengok sendiri la eh? Ehe! Nak cerita pasal body Aaron Aziz, hero citer tu lah kan.Ohh henseeeeeemmmm leeeyyyyy! Kalau lah kan, kalau lah, kalau lah body Encik Yayang macam Aaron! Aku tak jeling pun kalau nampak Aaron, ecehh! :) 

Tegapkan! henseeemmmmnye body dia

Erkk yang ni, tetap i love you lah ;p

Thursday, December 1, 2011

Untuk Si Kepochi

Assalamualaikum :)

Jika anda mempunyai masalah dengan saya,
sila SMS atau buat panggilan ke nombor telefon saya,
apabila anda tidak mempunyai nombor telefon saya,
ketahuilah kebenaran yang anda sebenarnya tidak mempunyai masalah apa pun dengan saya dan hanya menyebuk serta mengambil tahu hal peribadi saya. 

Kalau saya sakit :)

Kalau saya sakit, badan saya lemah,
Kalau saya sakit, saya payah nak makan ubat,
Kalau saya sakit, kerja saya banyak tertangguh,
Kalau saya sakit, saya terpaksa menyusahkan orang lain,
Kalau saya sakit, saya terpaksa batalkan semua rencana harian saya,
Kalau saya sakit, saya membuat orang lain risau,
Kalau saya sakit, itu tandanya tuhan ingat kat saya,
Kalau saya sakit, tuhan tolong saya kurangkan dosa saya.

Alhamdulillah saya syukur tuhan uji saya dengan sakit untuk membuka mata saya, saya dapat lihat apa yang sekeliling saya lakukan apabila melihat saya dalam kesakitan :)
Copyright® Segala Yang Tertulis Di Sini Hak Milik Melaely